
liyanafauzi12
5 tahun
Spot coklat & sakit pinggang
Hai doc ,sya Yana. sekarg sy sdg pregnant anak ke 3(6w2d).Saya ade seorg anak lelaki umur 2thn & still bf. last sunday, sy ade ke hosptl sbb spott coklat yg sy alami tp xbyk, tp bahgian perut belah kiri agak krem & ade kalanya pinggang sy sakit sgt.kalu iktkan pengalamn sy miscarriage bulan 2 aritu mcm tula tp trus keluar fresh blood. Mase jmp doc aritu die ade buat ultrasound & test darh & air kencing then die kata congrate coz sy still mengandung… Then sy dpt ubt kuatkan rahim for 7days. Persoalan sy, adkh spot coklat+lendir ni akan stil keluar kalau sy teraktif atau terbuat keja berat & kenapa pinggang saya pn akan sakit sgt2 cm senggugut utk beberapa minit… TQ DOC

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, perdarahan diawal usia kehamilan (<22 minggu) boleh terjadi disebabkan pelbagai hal. Antaranya adalah:
- keguguran
- ectopic pregnancy
- molar pregnancy
Sebaiknya puan segera melakukan kunjungan ke doktor anda sekiranya pendarahan, walaupun berupa spot coklat telah terjadi, terutama di awal usia kehamilan kerana dikhuatiri terjadinya hal-hal diatas. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi anda.
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda juga disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Photo by Mickael Tournier