
Anonymous
5 tahun
Spotting coklat berlendir
Hi Doktor, saya ada PCOS. i test UPT (positive). My last period 22 may 19. And today saya ada lendir coklat. I risau doktor. Adakah saya perlu jumpa doktor pakar.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan sekiranya UPT positif
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Jikalau anda risau akan kehamilan anda adalah amat disarankan untuk anda berjumpa dengan pakar obstetrik supaya rawatan yang sewajarnya dapat diberikan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.