
Sulit
3 tahun
Spotting Coklat Pada Minggu Ke 5 Kehamilan
Saya mengandung selama 5 minggu.
17/2/2022 - Pada minggu ke-4 saya dapati terdapat spotting coklat apabila mengelap pada bahagian vagina (dalam kuantiti sederhana). Ujian mengandung mendapati saya dua garis (samar samar). Doktor sarankan saya bedrest dan makan 2 kali sehari ubat utrogestan bagi kuatkan rahim. Kesan pengambilan ubat tersebut menyebabkan saya pening dan mengantuk sangat. Saya telah makan ubat tersebut selama 4 hari.
21/2/2022 - Pada minggu ke-5, saya tidak makan ubat tersebut pada waktu pagi atas faktor kerja yang memerlukan fokus. Saya dapat masih terdapat spotting coklat (dalam kuantiti sedikit) apabila mengelap di bahagian vagina. Namun begitu ujian mengandung mendapati 2 garis tersebut semakin jelas berbanding 17/2/2022
Semakin hari spotting coklat semakin sedikit tetapi masih ada.
Soalan saya :
- Adakah spotting coklat ini berbahaya untuk kandungan awal? Atau normal?
- Ada kesan sampingan pening dan mengantuk apabila Utrogestan diambil melalui vagina?
- Apakah cara untuk mengatasi spotting coklat daripada berterusan ada?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, discharge coklat semasa kehamilan biasanya normal dan kemungkinan besar tidak bermakna ada sesuatu yang membahayakan anda atau bayi anda. Dalam kebanyakan kes, ia sama sekali tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, saya tidak dapat memberi anda sebarang nasihat sehingga saya mempunyai maklumat lanjut tentang situasi anda.
Anda harus mendengar nasihat doktor anda.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.