
shalalazyla
5 tahun
Spotting dan period hanya 2 hari
Hai berumur 26 tahun,…dah berkahwin selama 3 tahun,…lately niy,…setiap bulan saya akan mengalami spotting berwarna coklat gelap seminggu sebelum datang nya period,…adakah itu normal?dan pada kebiasaannya period saya akan berlanjutan lebih kurang 4 atau 5 hari sahaja,…tetapi pada bulan ini…period saya hanya pada hari pertama dan kedua…selama 2 hari tu period saya keluar banyak seperti kebiasaanya…pada hari ketiga period tidak lagi keluar?saya nak tanya?adakah normal period saya yang sebegitu?atau ada sesuatu yang tidak kena?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur dan spotting ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Kesan sampingan pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks seperti fibroid, polip serviks
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.