Sulit
2 tahun
Spotting Darah Hitam lepas seminggu period
Saya berumur 28 tahun. Saya last period 24 May. Tapi 1 june saya sakit perut, bila tgk seluar dalam ada spotting darah warna hitam. Dah 3 hari spotting darah hitam ni ada. Adakah ini normal ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham bahawa anda bimbang tentang masalah pendarahan spotting selepas seminggu haid yang anda alami. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah sebegini boleh disebabkan oleh beberapa faktor antaranya:
- Kesan sampingan pil perancang kecemasan
- Ketidakseimbangan hormon
- Tekanan emosi atau stres
Akan tetapi, ia juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan susulan daripada doktor seperti:
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Polip atau fibroid rahim
- Sindrom polisistik ovari (PCOS)
- Jangkitan salur kencing ( urinary tract infection )
- Radang pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
- Jangkitan kelamin
Oleh itu anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.