
Anonymous
5 tahun
Spotting selamat tiga hari
Saya wanita berumur 25 tahun. Sudah berkahwin Dan perlu pernah mengandung. Sebelum ini, Bulan Mei yang lepas Saya tidak datang haid selama satu Bulan. Saya berjumpa dengan doktor Dan ingin bertanya bahawa Saya mahu dikurniakan anak memandangkan Saya lama mendapat anak. Jadi doktor itu, menyarankan Saya mengambil ubat folic acid selama 3bulan. Bulan June ini, selepas beberapa Hari, Saya makan ubat tersebut. Saya datang haid selama 4 Hari. Then, bukan julai ini…Saya ingat Saya datang haid tapi spotting selama 3 Hari… apakah maksud itu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, folic acid diberikan untuk wanita yang merancang untuk hamil bagi membantu mencegah kecacatan otak dan tulang belakang janin yang dipanggil neural tube defects.
Tambahan pula, tergantung kepada kitaran haid anda, spotting, yaitu cecair coklat yang keluar dari vagina dalam kuantiti yang sedikit boleh jadi disebabkan oleh:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.