
Anonymous
6 tahun
Spotting selepas seminggu selepas haid
Hi. Saya berumur 24 tahun, sudah 5 bulan berkahwin. Saya baru habis period minggu lepas. Tp semalam ada sedikit spotting atas panty and sekarang pun masih ada. Sy harap ia adalah tanda-tanda pregnant

6 tahun
Hai, salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Spotting boleh jadi merupakan salah satu tanda kehamilan. Ia berlaku apabila implantasi embryo pada dinding rahim menyebabkan darah pada dinding rahim terjatuh dan keluar sebagai spotting. Namun begitu, ia juga boleh berlaku atas sebab sebab lain seperti:
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Masalah hormon tidak seimbang
- Jangkitan kelamin
Mungkin masih awal untuk melakukan ujian kehamilan bagi mengenal pasti status kehamilan anda. Ujian kehamilan boleh mengesan kandungan seawal 2-3 minggu. Anda disarankan untuk menjalankan ujian ini dan merujuk perkara ini kepada doktor untuk tindakan selanjutnya jika ujian kehamilan anda positif atau tidak.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Terima kasih.