
putrimustaffa
5 tahun
Spotting selepas waktu subur
Hi doktor… pada minggu lepas 8/7 saya period,seperti biasa hanya 2 hari… hari ketiga biasanya sudah kering. Saya telah membuat ovulation test dan waktu subur saya 13/14hb july… Saya dan suami bersama pada 12hb dan 14hb . Dan pada hari rabu lepas 16hb ada spotting bewarna coklat gelap dan pekat . Sampai ke hari ini masih ada spotting . Perut pula rasa seperti kejang senak dan tidak selesa dibahagian bawah perut. Saya risau sebab takpernah jadi mcm ni. Saya mmg tengah usaha utk dapatkan baby. Bila jadi mcm ni saya risau. Perlu ke saya ke klinik buat pemeriksaan? Harap doktor boleh membantu saya.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, tompokan berwarna coklat boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda untuk membuat pemeriksaan lanjut ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.