
sitimuzaimah0621
4 tahun
Sprotting period problem
Sy, berumur 35 thn. Sedikit sejarah perubatan sy, sy telah dibedah utk membuang adenomyosis pada oct 2016 dan selepas 8 bln period sy mula bermasalah dimana sy akn keluar spotting selama 3-4 hari dan barulah darah akn keluar seperti biasa selama 3-4 hari. Ia membuatkan tempoh period sy menjadi panjang sehingga 10-12 hari lamanya. Masalah ini merisaukan sy dan mengganggu urusan ibadah sy. Oh ya sy juga didiagnoskan ada PCOS sejak 6bulan lepas. Berat bdn sy 70 kg tinggi 160cm.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa sebab berlakunya masalah ini. Antara simptom penyakit PCOS adalah:-
- kitaran haid yang tidak teratur, haid yang berpanjangan dan darah haid yang keluar di dalam kuantiti yang banyak
- kandungan kolesterol yang tinggi di dalam darah
- sukar hamil
- bulu yang tumbuh banyak serta berlebihan seperti misai, janggut dan pada bahagian dada
Sekiranya anda mengalami masalah berat badan berlebihan anda disaran untuk mengambil pemakanan dan amalkan gaya hidup yang sihat untuk mengurangkan berat badan. Pengurangan berat badan sebanyak 5 hingga 10% daripada berat badan yang asal boleh membantu dalam masalah haid.
Pengambilan pil perancang yang mengandungi hormon juga dapat membantu dalam mengatasi masalah ini, namun sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum mengambilnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi seria rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!