
hongzhixuan0918
5 tahun
Sputumada sikit darah
saya umur 26. 8 mar balik dari thailand. Sikit selsema , sikit batuk , hari ini forced sendiri cough out sputum tapi ada sikit darah. x demam , x sakit tekak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan anda, saya dapati anda mengalami masalah selsema dan batuk. Darah yang keluar bersama dengan kahak tersebut berkmeungkinan disebabkan oleh anda batuk terlalu kuat hingga melukakan tekak anda. Antara masalah yang boleh menyabakan batuk dan selsema adalah:
Jangkitan bakteria atau virus
Pneumonia
Alahan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Oleh kerana sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus dan anda mengalami gejala yang dimaklumkan, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Semoga and a sentiasa dalam keadaan sihat dan terima kasih.