
Sulit
5 tahun
Standard operating procedure (SOP) saringan awal di klinik
Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Tuan/Puan,
Ada sahabat kami ini pergi utk saringan Covid19 kerana terdapat peserta kursus telah menjadi suspek penyakit dan ada juga yang telah disahkan positif namun apabila pergi ke klinik, pihak klinik tidak mahu menjalankan saringan dan memohon supaya sahabat kami surat kebenaran majikan utk menjalankan saringan.
Apakah SOP sebenar untuk saringan? Dan ada yang menyatakan bahawa pihak hospital hanya akan melakukan saringan bila telah ada simptom Covid19. Mohon pencerahan pihak Tuan/Puan, sekian terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Untuk makluman anda, KKM memberi keutamaan untuk ujian COVID-19 kepada mereka yang:
- Mempunyai simptom dan sejarah melancong ke China, Jepun, Korea, Italy dan Iran.
- Mempunyai simptom dan sejarah kontak rapat dengan seseorang yang disahkan positif untuk jangkitan COVID-19
- Sejarah kontak rapat dengan seseorang yang disahkan positif untuk jangkitan COVID-19 walaupun tidak mempunyai simptom
Kami menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home.
Saya berharap jawapan ini jelas dan dapat membantu anda.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini