
Sulit
3 tahun
Stop makan ubat steroid
Saya telah 2 bulan berhenti steroid…tapi saya masih sakit sendi,lemah,sakit dada,kepala…sakit dada jg dan tidak selesa pada pinggang…adakah ini kesan berhenti steroid?berapa lamakah ia akan berlaku?perlukah saya ke hospital…tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, pengambilan ubat steroid tidak boleh diberhentikan serta-merta, terutamanya jika anda mengambilnya untuk tempoh masa yang panjang. Sekiranya anda memberhentikan ubat steroid tanpa pantauan doktor, anda boleh mengalami simptom-simptom steroid withdrawal. Simptom-simptomnya adalah :
Lemah badan
Lesu
Penurunan berat badan
Rasa loya
Sakit otot
Sakit kepala
Pening kepala
Muntah
Kurang selera makan
Sakit sendi
Seperti yang anda sedia maklum, ubat steroid perlu dikurangkan sedikit demi sedikit sebelum diberhentikan untuk memberi masa kepada organ adrenal untuk berfungsi seperti biasa.
Sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti di atas, sila rujuk kepada doktor dengan kadar segera supaya rawatan dapat diberikan.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor