
mimieyjasman
5 tahun
Stop ubat untuk anxiety
doktor sahkan sy ada anxiety dah sbulan , sbb sy slalu berdebar skarang tngah on ubat propranolol , kalau dah xde debar tu bleh stop ke ubat tu ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Anda perlu untuk menjalani pemeriksaan susulan bagi mengesahkan simptom anda dalam keadaan terkawal. Untuk berhenti mengambil ubat, seseorang perlulah untuk berjumpa dengan doktor bagi mengelakkan kesan sampingan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.