
ayasakichihaya00
5 tahun
Stress punca paru2 berlubang?
Saya ingin bertanya adakah stress boleh menjadi punca kepada paru paru berlubang? Sebab kenalan kata dia mempunyai penyakit itu dan dia telah berjumpa doktor dan doktor telah sahkan penyakit tetapi dia berkata ia disebabkn oleh stress yang melampau jadi saya ingin tanya adakah penyakit paru paru boleh disebabkn oleh stress?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, saya tidak pasti apakah penyakit paru-paru yang anda sebutkan dan apakah konteks stress yang terlampau tersebut. Stress kerana tabiat buruk seperti merokok atau stress dari segi kesihatan mental? dan saya tidak pasti apakah yang dimaksudkan oleh paru-paru berlubang.
Anda perlu membincang isu ini dengan doktor anda supaya persoalan anda boleh diterangkan dengan lebih terperinci. Untuk maklumat yang lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.