
emeldanatashaaa
4 tahun
Stretch mark pada orang yang tidak hamil
saya wanita dalam 20an, dan saya ingin bertanya pada doktor, adakah normal bagi perempuan yang belum hamil tetapi mempunyai stretch mark pada bahagian punggung , peha dan sedikit pada betis? Adakah strecth mark ni faktor pada berat badan? sebab sebelum ni saya tidak pernah mempunyai strecth mark. Minta doktor jelaskan☺️ terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala “stretch mark” ini boleh disebabkan faktor kenaikan atau kehilangan berat badan yang cepat. Selain itu, juga boleh disebabkan variasi normal akibat perubahan hormon ataupun akibat penyakit berkaitan hormon steroid seperti penyakit Cushing. Sekian