
Sulit
4 tahun
Stretch Mark pada paha anak
Anak perempuan saya berusia 12tahun. Terdapat garisan garisan merah seakan akan strecth mark di kedua dua belah peha Kiri dan Kanan nya.Tidak rasa sakit atau gatal. Apakah punca terjadinya garisan seakan stretch Mark ini kerana badan nya kurus tidak berisi.
Terima kasih doctor.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anak anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, stretch mark merupakan perkara normal bagi orang ramai. Stretch marks berlaku akibat daripada kulit terlalu regang sekali gus menyebabkan tisu fibrous kolagen hilang kerenggangan sepenuhnya. Fenomena ini diibaratkan sebagai getah yang ditarik melebihi tahap kerenggangannya. Anda boleh cuba menggunakan minyak seperti bio-oil untuk mengurangkannya.
Namun begitu terdapat satu lagi masalah stretch mark yang memerlukan perhatian perubatan disebabkan oleh pengambilan ubat steroid berlebihan yang dikenali sebagai “Cushing’s Syndrome”. Simptom lain termasuklah bengkak badan, senang lebam, berat badan bertambah, luka yang susah pulih, tekanan darah tinggi dan lain lain. Namun, perkara ini tidak mungkin berlaku pada anak anda kerana berat badannya yang kurus.
Untuk mengetahui punca masalah yang anak anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum rawatan boleh diberi. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah anak anda ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.