
taufik5031
5 tahun
Stretch mark penuh badan
saya lelaki,hmpir 30an.masalah saya adalah badan dan kaki saya penuh dgn strechmarks.apakah rawatan yg boleh saya cuba untuk menghilangkannya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, stretch mark merupakan perkara normal bagi orang ramai. Stretch marks berlaku akibat daripada kulit terlalu regang sekali gus menyebabkan tisu fibrous kolagen hilang kerenggangan sepenuhnya. Fenomena ini diibaratkan sebagai getah yang ditarik melebihi tahap kerenggangannya. Anda boleh cuba menggunakan minyak seperti bio-oil untuk mengurangkannya.
Namun begitu terdapat satu lagi masalah stretch mark yang memerlukan perhatian perubatan disebabkan oleh pengambilan ubat steroid berlebihan yang dikenali sebagai “Cushing’s Syndrome”. Simptom lain termasuklah bengkak badan, senang lebam, berat badan bertambah, luka yang susah pulih, tekanan darah tinggi dan lain lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum rawatan boleh diberi. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.