
aaxlann
5 tahun
Stroke (Left PCA infarct)
Saya seorang pesakit stroke (left pca infarct), saya berumur 34 thn dan telah mendapat tahu saya stroke pada bulan lepas. Soalan saya adakah penyakit yang saya hidapi sekarang boleh disembuhkan dan bagaimana caranya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Posterior cerebral artery (PCA) stroke - Sindrom arteri serebrum posterior adalah keadaan di mana bekalan darah dari arteri serebral posterior (PCA) dihadkan, yang membawa kepada pengurangan fungsi bahagian otak yang dibekalkan oleh saluran darah tersebut.
Masalah ini memerlukan konsultasi secara terperinci dengan doktor pakar. Rawatan pula bergantung kepada keadaan, risiko serta kaedah yang paling selamat untuk pesakit. Saya sarankan untuk encik berbincang dengan doktor kerana segala keputusan rawatan memerlukan pemeriksaan fizikal terlebih dahulu.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.