
arzulfadzliismail
5 tahun
Stroke patient - bedridden
Salam sejahtera Doctor,
Saya adalah anak kepada seorang pesakit stroke sejak 4 tahun lepas. Bapa saya diserang major stroke pada 2015 dan menyebabkan Perubahan ketara pada kondisi otak dan fizikalnya.
Dalam tempoh 3 tahun Pertama selepas diserang stroke, Bapa saya masih lg boleh makan, berjalan dengan bantuan papahan, bercakap walaupun agak kurang jelas tetapi sehingga bulan April baru baru ini, sagalanya berubah.
Ianya berpunca apabila Bapa saya mengalami demam mengigil Dan blood pressure (BP) beliau menurun rendah. Beliau dimasukkan ke Hospital pada April 2019 dan ketika itu keadaan dia agak lemah. Doktor mengesahkan beliau hanya mengalami demam virus.
Pada Mei 2019, beliau dimasukkan sekali lg ke hospital disebabkan BP beliau terlampau rendah. Dengan bantuan ubat dan mesin untuk mengstabilkan BP beliau, keadaan beliau kembali pulih tetapi tidak sepenuhnya.
Pada awal bulan June sebelum Raya, Bapa saya sekali lg dimasukkan ke Hospital dan kali ini pihak hospital Batu Gajah telah refer Bapa saya ke General hospital Bainun Ipoh dan dimasukkan ke ICU disebabkan jangkitan pada paru paru.
Sejak itu, saya belajar bapa saya mengalami masalah makan Dan menelan di mana prosesnya tidak sempurna menyebabkan apa yang dimakannya turun ke paru paru. Beliau juga kerap tersedak. Hasil dari pemeriksaan doktor, beliau mengalami jangkitan paru paru disebabkan proses permakanan yang tidak sempurnalah.
Doktor syorkan penggunaan tube feeding dan Ianya dikenakan pada bapa saya sepanjang berada di hospital.
Keadaan bapa saya ketika itu agak lemah tetapi beliau masih boleh bercakap, mengerakkan tangan, duduk dan bergerak mengikut arahan. Beliau discharged sebelum Raya Dan keadaan beliau masih lemah tp masih boleh dipapah Dan disuap makan Tanpa tube feeding. Beliau pun tidak lg tersedak.
Kali ke 4 beliau dimasukkan ke Hospital Batu Gajah semula disebabkan kondisi fizikalnya dan BP yang turun mendadak. Sejak dari itu, kondisi beliau stagnent, lemah tak bedaya. Seminggu lebih di hospital, tiada peningkatan.
Doktor beri kebenaran discharged, dan saya bawa bapa saya pulang ke rumah. Permakanan beliau kini melalui tube feeding.
Tetapi apa yang merisaukan saya, keadaan bapa saya SEKARANG semakin lemah Dan totally bedridden.
Berak kencing semua pampers Dan itu biasa tetapi yang merisaukan beliau tiada respond bila dipanggil Dan Sgt kurang pengerakkan.
Dengan jasa baik Doctor, saya perlu kan nasihat apa tindakan lanjut yang perlu diambil. Fikiran kini semakin buntu.
Nak bawa ke Hospital, beliau baru sahaja discharged atau saya perlu jaga dan beri susu dan ubat ubatan mengikut Masa yang ditetapkan.
Atau ada solusi lain yang saya boleh ambil?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Rawatan susulan untuk pesakit strok diberikan untuk mencegah komplikasi. Ramai pesakit strok sebenarnya boleh pulih atau menjalankan aktivit harian jika berdisiplin dalam mengikuti rawatan susulan dan dengan sokongan kuat dari ahli keluarga. Antaranya ialah:
- Pesakit akan dirujuk kepada pakar fisioterapi dan pakar pemulihan cara kerja untuk membina fungsi badan sebanyak yang mungkin.
- Rujukan kepada pegawai pemulihan pertuturan juga akan diberi jika ayah anda mengalami kesukaran untuk menelan atau bertutur.
- Pegawai dietetik akan memberi cadangan diet sihat yang berfungsi untuk menguatkan badan ayah anda and mencegah malnutrisi. Ubat-ubatan juga akan diberi untuk membantu mencegah komplikasi strok.
- Pakar psikiatri untuk kesihatan mental pesakit strok dan keluarga supaya mempunyai motivasi untuk teruskan hidup.
Untuk maklumat lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.