
Sulit
3 tahun
Stroke perut buncit
Hi doctor, ayah saya mengalami stroke dia belah kiri lebih 5 tahun dan masih terbaring. Baru baru ni ayah saya mengalami perut buncit, dah kurang kencing. Dan harini dia muntah melalui tiub leher. Apakah tindakan yang harus saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda mengalami stroke bahagian kiri lebih 5 tahun dan masih terbaring. Baru baru ini ayah anda mengalami perut buncit, kurang kencing dan muntah melalui tiub leher. Saya faham akan kegusaran ini dan akan cuba memberikan penerangan yang berkaitan situasinya dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, masalah perut buncit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
GERD
Usus tidak selesa (Irritable bowel syndrome)
Alahan pada sesetengah makanan
Ketumbuhan pada organ dalam perut
sindrom cushing
Ascites
Penyakit berkaitan buah pinggang
Penyakit berkaitan jantung
Penyakit berkaitan hati
Manakala untuk masalah kurang kencing dan muntah juga boleh disebabkan oleh faktor-faktor diatas. Anda disarankan untuk berbincang dengan doktor mengenai keadaan ayah anda untuk mendapatkan diagnosis yang tepat dan rawatan awal.
Saya harap jawapan diatas dapat membantu, sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.