
Sulit
5 tahun
Suami baru pulang dari jepun
saya wanita 30an …saya ingin bertanyer…suami saya baru pulang dari jepun…dia berada di sana selama 9 hari…dan kini sudah pulang ke malaysia…dan dia mendapat arahan untuk kuarantine selama 14 hari di rumajy…jadi saya ingin bertanyer jika dalam masa 5 hari tiada apa² simpton mnunjukkn ada jnkitan virus…boleh ke suami duduk bersama saya dan anak² seperti kehidupan biasa…atau memang perlu cukupkn 14 hari itu juga…terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan yang telah diajukan. Berdasarkan keterangan anda, suami anda diarahkan untuk dikuarantin selama 14 hari kerana sejarah melawat ke Jepun. Untuk makluman anda, tempoh pengeraman Coronavirus adalah dalam jangka masa 2 hingga 14 hari. Tempoh pengeraman bermaksud jangka masa seorang terdedah kepada virus sehinggalah menunjukkan simptom. Oleh itu, anda harus mematuhi arahan kuarantin selama 14 hari walaupun suami anda tiada simptom.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini