
Sulit
5 tahun
Suami tidak mempunyai air mani
Suami tidak mempunyai air mani dan kurang rasa untuk bersama. Beliau mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi serta badan cepat letih. Apakah pil/ubat yang boleh saya berikan kepada suami supaya dia kembali bertenaga dan mempunyai rasa untuk bersama.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
Masalah psikologi
Kecederaan zakar
Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Penyakit jantung
Diabetes
Obesiti
Kolesterol tinggi
Darah tinggi
Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.