
Sulit
4 tahun
Suara bayi 8 bulan serak
Dalam 2-3 hari ni saya perasan suara baby sy serak. Sy perasan bila dia menangis atau bile dia bercakap. Baby sy takde demam batuk atau selsema dalam tempoh seminggu dua ni.
Adakah ini serius? Perlukan rawatan doktor dan ubat?
Adakah suara serak ni sesuatu yg berbahaya pada baby?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anak anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang tekak atau tonsil
- Jangkitan paru-paru
- Bronchiolitis
- Viral croup
- Difteria
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan sama ada keadaan tersebut bahaya ataupun tidak memandangkan lebih banyak maklumat diperlukan dan pemeriksaan oleh doktor perlu dibuat.
Kami sarankan anda membawanya berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anak anda. Jangan berlengah dan segera berjumpa doktor sekiranya anak anda mempunyai gejala berikut:
- Demam
- Batuk berkahak
- Nafas laju
- Nafas berbunyi
- Kurang menyusu atau makan
- Lemah dan lesu
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.