
Sulit
4 tahun
Suara tiba-tiba menjadi serak dak kuat
Hi doctor,bole saya tahu kenapa bole jadi secara tiba-tiba suara menjadi serak dan susah untuk bercakap dengan orang lain?ada ke cara menyelesaikan terbaik bagi pulihkan semula suara s

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Lelaki yang sudah mencapai akil baligh
- Terdapat bendasing yang terlekat pada saluran tekak/ kotak suara/ saluran pernafasan
- Faktor penuaan
- Kesan sampingan minuman beralkohol
- Keradangan
- Masalah GERD
- Masalah selsema atau jangkitan pernafasan saluran atasan
- Masalah saraf
- Masalah psikologi
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar bedah. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Terima kasih.