
Sulit
3 tahun
Subat hidung dan kahak
Saya lelaki 29 tahun saya sakit hidung subat dan kahak sentiasa ada dan saya sakit ini lebih tiga bulan tidak sebuh jumpa doktor bagi ubat tak juga sebuah apa kah tanda tanda sakit saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Berikut merupakan antara punca mengapa anda mengalami gejala yang disebutkan:
- Resdung atau sinusitis
- Polip hidung ( nasal polyp )
- Asma
- Jangkitan paru-paru
- Masalah psikologi seperti keresahan ( anxiety )
- Pedih ulu hati atau GERD
- Gastrik
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa penjelasan yang boleh diberikan mengenai masalah kahak berlebihan iaitu:
- Kahak berwarna kuning atau hijau adalah tanda-tanda jangkitan kuman pada tekak atau ruang hidung.
- Jangkitan kuman ini menyebabkan keradangan pada kawasan ruangan hidung, mulut dan tekak dan menyebabkan rembesan kahak menjadi lebih banyak berbanding normal. Ini merupakan salah satu sistem pertahanan badan anda. Ia juga boleh melibatkan salur pernafasan dan paru-paru
- Jangkitan kuman pada paru-paru seperti Pneumonia dan penyakit Tuberculosis . Namun, penglibatan paru-paru akan menyebabkan gejala batuk.
- Keradangan atau jangkitan kuman pada tonsil ( Tonsilitis ) yang boleh menyebabkan tonsil bengkak. Selalunya ia akan disampingi dengan gejala sakit tekak.
- Alahan pada persekitaraan atau makanan yang boleh menyebabkan kahak berlebihan.
- Keradangan sinus akibat jangkitan.
- Cecair hidung yang jatuh ke tekak ( Postnasal Drip )
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah tersebut. Pemeriksaan lebih terperinci daripada doktor pakar perlu dibuat supaya puncanya dapat dicari dan rawatan selanjutnya dapat diberikan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk konsultasi secara atas talian bersama dengan doktor kami. Terima kasih.
Masih mengalami masalah batuk/sakit dada/batuk berdarah? Pakar paru-paru sedia membantu!