zaim

5 tahun

Sudah 55 thn skrg bahagian tumit saya semakin sakit

Sy pemain bola keranjang masa di sekolah dan pernah mengalami kecederaan yg minor-minor. Sudah 55 thn skrg bahagian tumit saya semakin sakit. adakah saya cederakan otot saya? apakah ubat yg saya perlu ambil?

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Selamat petang! Terima kasih kerana bertanyakan soalan.

Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar telah menghidap sejenis penyakit yang dikenali sebagai plantar fasciitis.

Biasanya, sejenis tisu yang dikenali sebagai plantar fascia akan mengekalkan struktur dan kestabilan di bahagian tapak kaki. Radangyang berlaku pada tisu ini adalah dikenali sebagai plantar fasciitis atau radang fasia tapak kaki.

Orang yang sering berdiri lama, berjoging atau berlari terlalu banyak dan orang yang mempunyai kaki leper (flat feet) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap radang fasia tapak kaki.

Anda berkemungkinan menghidap kondisi ini kerana anda bersukan terlalu banyak tanpa merehatkan kaki anda secukupnya.

Kondisi ini biasanya dirawat dengan kombinasi ubat tahan sakit, senaman untuk melegakan otot kaki serta rehat yang secukupnya. Bungkusan ais atau panas serta urutan di bahagian tumit boleh membantu mempercepat proses pemulihan.

Secara amnya, pesakit akan mengambil masa 6 hingga 12 bulan untuk sembuh sepenuhnya.

Jika masih tidak sembuh, anda digalakkan untuk mendapatkan rawatan doktor.

Dr Ilias Yee,

5 tahun

Selamat petang! Terima kasih kerana bertanyakan soalan.

Punca sakit tumit yang paling utama biasanya ialah plantar fasciitis. Fascia merupakan suatu ligamen yang terdapat pada permukaan otot.

Apabila terdapat peningkatan tekanan ke atasnya, seperti berdiri sepanjang hari, atlet lari dan juga aktiviti fizikal yang berpanjangan akan menyebabkan keradangan fascia.

Ini menyebabkan sakit tumit yang kronik. Kebiasannya pada awal hari, sakitnya adalah lebih teruk khususnya ketika langkah pertama selepas bangun dari tidur. Sakitnya pula adalah mencucuk.

Ia biasa berlaku pada mereka yang:

  • Mempunyai berat badan yang berlebihan
  • Obes
  • Wanita mengandung

Hal ini adalah kerana berat yang berlebihan menyebabkan tekanan yang lebih tinggi pada tumit. Saya sarankan anda berjumpa dengan doktor terlebih dahulu.

Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah berehat dan rehabilitasi. Untuk sakit yang berpanjangan, ubat tahan sakit boleh diambil seperti ibuprofen atau Panadol.

Doktor akan mengenalpasti dan mungkin memberikan suntikan steroid untuk mengurangkan keradangan fascia.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)