Sulit
2 tahun
Sudah berkahwin 6bulan period tidak datang 2 bulan
hi doc sy berumur 21 tahun . sy sudah berkahwin tp period sy tk dtg 2bulan . last period sy 31/4 smpi skrg sy sudah tiada period…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang telah diajukan
Melalui keterangan yang diberikan, anda mengalami masalah tidak datang haid selama 2 bulan. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, antara punca haid tidak datang adalah seperti:
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Kesan sampingan pil perancang kehamilan
- Tekanan emosi
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Penyakit yang lebih serius yang boleh menyebabkan gejala haid tidak datang yang memerlukan pemeriksaan lanjut adalah:
- Polycystic ovarian syndrome
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Oleh itu, anda disarankan agar berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan yang lebih lanjut .
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi