
Sulit
3 tahun
Sudah habis ubat prednisolone
Saya 40 tahun,wanita,diagnosed CGM…saya sdh hbis mkn ubat steroid dua hari lepas…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sekiranya anda ingin beli semula ubat steroid tersebut, prednisolone, anda perlu merujuk kepada doktor anda dahulu, sebab pembelian ubat ini memerlukan preskripsi doktor.
Selain itu, anda juga perlu terima periksaan dan penyelidikan doktor anda untuk memantau perkembangan penyakit anda. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor anda dengan lebih lanjut supaya perkara yang berkaitan dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.