
Sulit
4 tahun
Sudah hampir 3 tahun tidak demam. Musykil dengan situasi. Kenapa saya tak demam? Adakah kerana antibodi saya kuat? Mohon penjelasan. Adakah ia boleh menyebabkan penyakit lain datang kepada saya
Saya sudah hampir 3 tahun tidak mengalami demam. Hal ini kerana saya ada memakan sebutir ubat antibodi setiap bulan. Adakah ianya bagus jika tidak demam? Apakah ia membahayakan dan akan menyebabkan penyakit lain datang? Mohon penjelasan

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami faham anda pasti sering menjaga kesihatan anda daripada rekod perubatan anda yang tidak pernah demam selama tiga tahun.
Untuk membuat kesimpulan daripada ubat yang anda gunakan menyebabkan anda tidak demam, kami memerlukan maklumat lengkap tentang ubat yang anda ambil. Secara amnya, kami memerlukan lebih maklumat daripada anda.
Pastikan anda mendapatkan preskripsi yang sah daripada doktor anda mengenai penggunaan ubat ini. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum mendapatkan ubat itu
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.