
Sulit
4 tahun
Sudah lewat datang bulan
Sy surirmh yg pnya anak6.skrg sy sdh lewat dtg bln.2bln 2mnggu,sy Ada buat ujian kehamilan Dr farmasi.ay dpti positif,sy TDK mahu kandungan ni SBB anak msih kcil.apakah doct Ada sarankan utk sy. Dan boleh Ka sy mencuba ubat pemecah darah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan yang anda berikan, kami faham bahawa keputusan ujian kehamilan anda positif. Namun begitu, anda perlu pergi berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk mengesahkan sama ada anda hamil ataupun tidak kerana terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan ujian kehamilan menjadi positif, seperti:
- Kehamilan (dalam atau luar rahim)
- Kandungan anggur
- Fibroid juga boleh menyebabkan ujian kehamilan menjadi positif
- Penggunaan ubat-ubatan
- Salah cara guna kit ujian
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Terdapat beberapa lagi sebab yang boleh menyebabkan keputusan kit ujian menjadi positif.
Untuk menjawab soalan anda, kami tidak dapat memberikan apa-apa keputusan kerana ia bergantung kepada doktor yang memeriksa anda.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan pencerahan daripada pihak kami. Terima kasih.