
Sulit
4 tahun
Sudah Makan Pil Tetapi Belum Period
Saya sudah menghabiskan pil perancang tetapi belum period.Jadi saya tahu saya belum period,semalam dan hari ini saya sambung makan pil perancang baru…jadi saya terpikir hari ini,saya kena berhenti makan pil kah ? atau teruskan makan pil tersebut ? , sebab 2 hari ni saya dah sambung makan 2 biji pil yg baru …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, pil perancang mempunyai pelbagai jenis dan ia mempunyai cara penggunaan yang berbeza mengikut jenis tersebut. Ada jenis pil perancang yang perlu di ambil hari-hari, ada juga pil perancang yang diambil sekali sebulan.
Namun pada biasanya, sekiranya pil perancang anda yang diberi adalah pil harian selama satu bulan per satu pek, bermaksud anda tidak perlu tunggu untuk kedatangan haid bagi memulakan pek baru. Sebaik-baiknya pil tersebut diambil berterusan bagi mendapatkan keberkesanan yang maksimum.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Sekiranya anda terlambat mengambil pil ataupun menunggu kitaran haid seterusnya seperti yang anda sebut, kemungkinan untuk menjadi hamil adalah tinggi tetapi ia bergantung kepada berapa hari anda terlewat. Semakin lewat pengambilan pil tersebut, semakin tinggi kemungkinan untuk menjadi hamil.
Untuk mengetahui lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.