
daniel
6 tahun
Sudah makan tetapi masih lapar
Saya lelaki berumur 20 tahun mengalami gejala cepat lapar. Saya sudah mengambil makanan mengikut waktu yang ditetapkan. Setelah makan, ia kembali lapar walaupun baru mengambil makanan 45 minit yang lalu. Saya pun telah meminum air yang banyak menyebabkan saya kerap ke tandas. Adakah saya mengalami penyakit gastrik ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Diabetes
- Dehidrasi
- Overwork
- Chronic fatigue syndrome
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Photo by Caleb George