
shanie
6 tahun
Sudah seminggu selsema dan sakit kepala
Saya dah lebih seminggu selsema, sakit kepala. Tak tahan saya dibuatnye. Nak kerja pun tak selesa. Tolong saya doktor.

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas persoalan anda. Terdapat beberapa punca-punca selsema dan sakit kepala. Antaranya ialah:
• Resdung atau allergic rhinitis. Pesakit biasanya mempunyai masalah selsema di pagi hari, mata berair, kegatalan sama ada pada mata atau anggota badan yang lain serta alahan yang menyebabkan kesemua simptom ini. Sakit kepala juga akan berlaku. Alahan biasanya adalah terhadap habuk, bulu haiwan, asap rokok dan debunga.
• Jangkitan viral di saluran pernafasan. Kebiasaanya ia adalah disebabkan oleh virus influenza dan kadang-kadang boleh menyebabkan demam panas dan hidung tersumbat serta berair.
• Jangkitan sinusitis. Jangkitan ini merupakan jangkitan bakteria di sinus atau liang-liang berisi udara di bahagian hidung dan muka. Apabila terdapat jangkitan, sinus diisi dengan mucus dan ini meningkatkan tekanan di dalamnya menyebabkan sakit kepala yang teramat.
Saya sarankan agar anda mendapatkan rundingan terlebih dahulu untuk mengetahui punca dan rawatan anda. Biasanya ubat anti-histamin, paracetamol dan juga mengelakkan pendedahan kepada alahan dapat melegakan simptom-simptom.

6 tahun
Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.
Saya dapat memahami bahawa anda sangat prihatin terhadap keadaan anda. Sebelum menjawab soalan anda, bolehkah saya mengetahui sekiranya anda mengalami simptom yang lain seperti:
- Sensitiviti terhadap cahaya?
- Sensitiviti terhadap bunyi bising atau bau?
- Muntah?
- Hilang selera makan atau sakit perut?
Terdapat beberapa jenis sakit kepala seperti:
- Sakit kepala disebabkan oleh ketengangan ataupun stres
- Sakit kepala kluster dan migrain
Sakit kepala yang disebabkan oleh ketengangan ataupun stres adalah sakit kepala yang paling biasa di kalangan orang dewasa.Sakit kepala ini boleh dirawat dengan ubat NSAIDs seperti aspirin.
Sakit kepala kluster merupakan jenis sakit kepala yang paling teruk dan boleh dirawat dengan ubat tahan sakit seperti Celecoxib. Manakala Migrain adalah sakit kepala yang sengit yang sering digambarkan sebagai sakit berdenyut.
Sakit kepala jenis ini boleh berlangsung dari 4 jam hingga 3 hari dan dirawat dengan ubat seperti:
- Aspirin
- Ibuprofen
- Sumatriptan (Imitrex)
- Rizatriptan (Maxalt)
- Almotriptan (Axert)
- Naratriptan (Amerge)
- Zolmitriptan (Zomig)