
brianmclair2
5 tahun
Suffer from Gastrik and Indigestion. Asking for tips
Hello doc, nak tanya kalau penderita gastrik, kadang masuk angin smpai ke kerongkong tetapi mild boleh kh minum Air Kelapa ? hmpir sebulan sudah menderita, terutama malam akan masuk angin tetapi tidak teruk…kadang2 selepas jogging ada angin masuk. Saya mengamalkan Alucid utk ubat gastrik tetapi habis ubat tu gastrik tidak ada tetapi angin ada. Kalau pasal makanan apa yang paling direkomen sebab ada jenis sayur yang berangin juga.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Memandangkan anda telah berubat dengan diagnosis gastritis (gastrik), maka pengubatan sahaja tidak cukup. Anda juga perlu melakukan perubahan gaya hidup. Sebaiknya anda mulai melakukan rutin seperti:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
- berhenti merokok atau vape
Justeru, memandangkan air kelapa bukan minuman berkafein ataupun bergas, maka ia tidak menjadi masalah. Sama juga halnya dengan sayur. Tidak ada sayur yang lebih baik berbanding sayur lain dalam hal pesakit gastrik.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.