
kumutah84
5 tahun
Suhu badan anak naik pd waktu malam
Pada waktu siang suhu badan ok tapi bila malam suhu badan panas. Puncanya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kenaikan suhu badan perlu diketahui akan nilainya kerana suhu badan kanak-kanak mudah berubah pada masa berlainan kerana mereka tidak mempunyai lemak yang banyak untuk mengekalkan suhu yang suam. Suhu badan yang tinggi dan melebihi normal (lebih 38 darjah selsius) boleh disebabkan seperti jangkitan kuman, alahan serta selesema.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anak anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anak anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.