
Sulit
4 tahun
Suhu badan didalam panas tetapi didahi normal malah tiada tanda2 seperti saya demam
saya check suhu saya waktu pagi guna termometer 36.5 (didahi) dan saya juga tidak berasa lesu atau tidak sedap badan. tetapi pada waktu petang, saya check suhu saya menggunakan termometer 38.0 (di telinga) saya tak pasti sama ada saya memang demam atau pun tidak. dan saya tak pasti kenapa suhu badan saya boleh jadi terlalu berbeza sedangkan saya tak rasa seperti orang yang demam.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu !
Gejala demam lazimnya disertai dengan peningkatan suhu, berpeluh, rasa kesejukan, lemah badan dan lain-lain. Ia sering menandakan berlakunya jangkitan kuman pada tubuh, namun demam yang naik turun serta berpanjangan (melebihi tiga hari) perlu dikaji dengan lebih teliti oleh pihak kesihatan, kerana dikhuatiri:
- jangkitan virus (i.e. covid19, denggi, dll)
- jangkitan bakteria (i.e. tifoid, dll.)
- jangkitan parasit (i.e. cacingan, dll)
- dll.
Maka adalah lebih baik anda memeriksa kembali suhu anda menggunakan alat pengukur suhu yang lain atau segera ke klinik yang terdekat sekiranya masih ragu-ragu dengan kesihatan anda.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, pemeriksaan yang lebih terperinci dari pihak kami perlu dilakukan terlebih dahulu. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.