
Sulit
5 tahun
Suhu badan seperti panas
Hai, saya mahu bertanya doktor… Kenapa sejak 2 3 hari nie saya rasa seperti demam… Seperti badan lemah, sakit di bahagian pinggang dan adakala rasa seperti pening… Tapi bila saya check suhu badan saya normal… Kenapa saya alami seperti ini ye doktor??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah kelenjar tiroid (Hipertiroidisme)
- Demam yang kadangkala anda kadangkala kebah (TIBI)
- sindrom premenstrual/ perimenopause
- masalah kelenjar adrenal (Pheochromocytoma)
- tekanan darah tinggi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.