
Sulit
5 tahun
Suhu badan terlalu tinggi ketika waktu tidur malam
Saya siti berumur 25 tahun dan masih belum berkahwin … saya mempunyai masalah di mana suhu badan sy,saya dapati tidak normal… hal ini sering berlaku ketika waktu tidur … sama ada siang atau malam … suhu bdn saya semakin panas sekiranya saya tidur di dalam bilik berhawa dingin … suhu saya terlalu panas sehingga org sebelah saya dapat rasakan bahang dari tubuh badan saya … kenapa hal ini boleh terjadi dan apa yg saya patut lalukan ? hal ini saya sedari sejak setahun dua ni lagi … saya perlukan jalan penyelesaian supaya saya dapat selesaikan masalah ini dengan segera . Thank you

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berkenaan dengan masalah suhu badan yang anda alami, kami memerlukan maklumat lanjut mengenainya. Adakah anda tidur menggunakan selimut yang tebal, adakah anda mengalami masalah berat badan dan juga maklumat lain tentang latar belakang kesihatan anda.
Oleh kerana maklumat yang and berikan tidak lengkap, adalah sukar untuk kami membuat kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.