
Sulit
4 tahun
Suhu pada dahi rendah, tetapi suhu telinga tinggi
Selamat sejahtera, doctor.
Saya menggunakan infrared thermometer jenama yonker yg dibeli di farmasi. Thermometer tersebut boleh digunakan utk memeriksa suhu di dahi dan juga di telinga (cabut penutup pada alat).
Saya menggunakan alat tersebut utk memeriksa suhu pada dahi saya dan mendapat suhu dalam lingkungan 36.5-36.7, namun apabila saya menggunakan alat tersebut utk memeriksa suhu di dalam telinga, suhu didapati terlalu tinggi hingga mencapai 39-40.
Saya cuba cari cara-cara memeriksa suhu telinga yg betul dan juga membersihkan telinga saya namun keputusan tetap sama. Adakah situasi ini membimbangkan ataupun cuma perkara biasa?
Thanks doc!

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan thermometer memberikan keputusan suhu yang berbeza.
Faktor yang boleh menyebabkan bacaan thermometer dahi tidak tepat:
- Berada di bilik yang sejuk
- Dahi berpeluh
- Thermometer terlalu jauh daripada dahi
Faktor yang boleh menyebabkan bacaan thermometer telinga tidak tepat:
- Tahi telinga
- Saluran telinga yang tidak lurus
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor jika anda mengalami demam kerana suhu 39-40 adalah membimbangkan.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!