
Sulit
5 tahun
Suhu tinggi anak umur 6 tahun
Anak saya berumur 5 tahun 9 bulan kurang sihat. Suhu terkini 39.3°c. Tak aktif seperti slalu. Dah diberi ubat demam paracetamol 60mg /5ml pada pukul 2pm. Pada pukul 6pm 39.7°c, saya masukkan ubat insert 125 mg. Sekarang pada pukul 9.30pm,suhu 39.3°c.patut saya pergi hospital atau klinik ye doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Demam anak anda masih lagi tinggi walaupun telah diberi ubat demam. Oleh itu, anda disarankan membawa anak anda segera berjumpa dengan doktor tanpa mengira samada klinik atau hospital.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.