Sulit
4 tahun
Sukar bernafas bila badan lemah seperti lapar
hye doc…saya ada sakit tekak,dan doktor cakap ada bengkak sedikit,tetapi kenapa saya sukar untuk bernafas ketika badan terasa lemah seperti lapar…dan ia berlaku jika saya tiba2 rasa seperti lemah seperti lapar dan sukar untuk bernafas dan seperti ada sesuatu di kerongkong buat saya tak boleh bernafas…doktor di hospital dan klinik semua cakap tiada apa2…mereka tetap cakap saya tak perlu risau…tetapi saya akan rasa sukar bernafas tiba2 bila badan rasa lemah seperti lapar…apakah yang saya alami?dan apakah yang perlu saya lakukan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Pembesaran amandel
- Penyakit kelenjar seperti tiroid
- Penyakit tekak seperti keradangan
- Penyakit gastrik
- Kencing manis
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Perubatan.




































