Sulit

3 tahun

Sukar Bernafas dan Kadang Kadang nak Pengsan

Saya lelaki berusia 28 tahun dan bekerja sendiri sebagai businessman dan mekanik. Sejak dua bulan lalu (14 Mac 2020 - Pra PKP) saya mula mengalami masalah nafas tak puas selepas dalam sejam terdedah dengan habuk kayu. (Saya memang secara jelas tersedut habuk kayu). Pada mulanya saya bersin sahaja dalam 2 hari dan bersin saya agak teruk sampai sakit badan dan hilang suara. Saya pulak dilahirkan dengan kekurangan bulu hidung jadi bayangkan saya sedut habuk kayu tak bertapis.

Selepas bersin mula reda, saya mula mengalami masalah untuk tidur malam, saya rasa mengantuk, tapi tak boleh baring, sebab saya akan rasa:

  1. tak sampai nafas (boleh tarik tapi rasa tak puas).
  2. rasa nak tercabut nyawa (rasa melayang).

Saya mengalami keadaan ini setiap malam selama seminggu dan hanya boleh tidur belah siang esoknya. Setelah seminggu berlalu saya ingat dah okay dah, sebab saya dah boleh mula tidur malam tanpa masalah, tapi ada suatu hari dalam musim PKP fasa pertama, saya hampir rebah masa tengah berdiri sembahyang. Saya terus hentikan sembahyang dan sembahyang duduk.

Saya rasa ada macam hot flashes, naik dari bahagian tengah badan ke arah bahagian thorax dan kepala saya rasa ringan dan diikuti dengan episod nafas terasa pendek. Saya baring untuk sejam dua, baru symptom jadi normal kembali. Situasi ini berlaku sekali dalam fasa PKP 1, dan semalam, (29 Mei 2020) terjadi semula, masa saya tengah duduk di hadapan komputer, sensasi yang sama, keadaan yang sama. Saya hampir pengsan. Saya sempat berlari ke tempat yang ada tilam dan karpet, in case saya rebah, at least ada alas yang lembut untuk elakkan hentakan. Setelah baring, rasa nak pengsan hilang tapi masalah nafas saya masih ada terasa.

Most of the time, kalau saya terasa breathing discomfort, saya akan distract myself dengan aktiviti berpeluh atau main game. Setiap kali saya buat aktiviti, pernafasan saya jadi normal semula. Masalah nafas saya hanya berlaku apabila saya sedang berehat. (Resting)

Itu kronologi macam mana mulanya masalah bernafas saya. (2 bulan yang lepas sejak 14 Mac 2020).

Perubahan hidup yang mungkin jadi risk factors:

  1. Saya perokok selama 3 tahun dan berhenti merokok sepenuhnya pada tahun 2017 dan tidak pernah merokok semula sehingga ke hari ini.
  2. Saya berhenti hisap vape sepenuhnya pada bulan Mac 2020 prior to the start of my breathing problem.
  3. Saya tidak aktif aktiviti fizikal dan berat saya pada Mac 2020 ialah 101KG.
  4. Saya ada buat blood test di klinik swasta pada Mac 2020.
  5. Setelah buat blood test, LDL saya tinggi (4.6) jadi saya mula aktif aktiviti kardio sejak Mac 2020 hingga hari ini (30 Mei 2020)
  1. Saya buat cardio exercise 35 minit sehari (jogging)
  2. Berat saya sekarang 90KG, turun 10KG.
  3. Saya jugak kawal kalori makanan sejak 2 bulan lepas.
  4. Ikutkan BMI, saya masih dalam kategori obese (172cm, 28y/o, 90KG)

Info tambahan:

  1. Saya perasan, saya ada sejenis TICS si bahagian abdomen saya yang nampak macam tengah tarik nafas dalam dalam. Macam tengah tarik nafas, perut jadi kempis dan berlaku sangat laju/kuat.
  2. Nafas saya juga jadi tersekat sekat macam orang kena Tourette Syndrome.
    Benda ni jadi masa saya tak sedar (involuntarily) dan kadang kadang membuatkan pernafasan saya tak selesa. Saya hanya perasan kalau ada orang tegur. Dia nampak macam breathing pattern saya nampak macam kasar, tapi masa saya self-aware, saya bernafas macam normal.
  3. Saya juga pernah kena GERD yang teruk sampai sesak nafas sejak berhenti merokok dan akan ada episodes of terrible heartburn occasionally until recently.

Maaf, saya bertanya di sini sebab saya dah 4 kali pergi klinik dan semua anggap saya hanyalah resah/anxious. In my defence, this is my argument:

  1. Saya rasa anxious LEPAS masalah bernafas. Saya bukannya masalah bernafas LEPAS anxious.

Terima kasih. Harapnya ada jawapan yang boleh saya ambil tindakan segera. Saya tak tahan dah.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Masalah keresahan
  • Penyakit jantung koronari
  • Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
  • Kekurangan darah atau anaemia
  • Jangkitan paru-paru
  • Barah paru-paru

Namun, penilaian doktor yang telah memeriksa anda adalah jauh lebih tepat berbanding jawapan yang boleh saya berikan kerana mereka berpeluang untuk menjalani pemeriksaan. Deskripsi yang anda nyatakan lebih kepada deskripsi masalah anxiety. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

batuk-kering

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)