
Anonymous
5 tahun
Sukar bernafas dan rasa seprti tercekik
Saya wanita berumaur 38 tahun. Bulan Januari 19 saya telah menjalani pembedahan tonsils Palatine dan Lingual tonsils. Malangnya akibat dari pembuangan Palatine tonsil itu, menyebabkan lelangit saya turun ke belakang. Bila mulut dibuka, saya tidak bole lihat ‘the arch and uvula’. Pada Mac 19, saya jalani satu lagi pembedahan utk naik kan semula lelangit dan sinus. Selepas 2 bulan, ‘The arch and uvula’ itu menjadi kecil jika dibandingkan dgn sebelumnya. Adakah itu membuat kan saya menjadi sukar bernafas? Akibat lidah menutup lubang itu bila keadaan idle. Dan apabila saya makan, rasa seperti tercekik? Saya sudah berjumpa dgn pakar respiratory dan sudah di endoscopy hingga ke lungs, all seems fine.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, setiap prosedur medis mempunyai risiko dan komplikasi masing-masing. Walaupun pembedahan tonsil boleh dianggap pembedahan yang selamat, tidak dapat dinafikan, pembedahan ini mempunyai komplikasinya sendiri seperti:
- perdarahan
- sakit tekak
- sakit telinga
- demam
- dehidrasi
- pembengkakan anak tekak
Merujuk kepada gejala yang dialami, kami memerlukan maklumat lanjut mengenai bila sahaja rasa sukar bernafas atau tercekik, adakah sewaktu bekerja atau sewaktu tidur, dan lain-lain. Anda dinasihatkan untuk mengikut nasihat doktor anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Photo by Szabo Viktor