
Sulit
4 tahun
Sukar bernafas dan rasa tidak puas hati bila tarik nafas
Hello. Saya umur 19 tahun. Cuma nak bertanya dan ingin tahu. Kenapa saya boleh rasa macam bila menarik nafas rasa tidak puas hati dan rasa macam nafas itu tidak cukup walaupun sudah tarik nafas dalam - dalam. Kadang kadang bila terlalu lama dalam posisi baring atau duduk bila bangun je rasa pening seperti ingin pitam dan ia selalu terjadi. Adakah saya ada masalah darah rendah dan sukar bernafas disebabkan itu?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- Anemia
• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Untuk mengetahui punca berlakunya sesak nafas anda perlu buat pemeriksaan fizikal /ujian darah/ECG terlebih dahulu.Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.