
Sulit
4 tahun
Sukar bernafas hidubg tersumbat Tudur ternganga dan melemaskan
Assalamualaikum, saya nak tanya. Rawatan atau ubat apa yang diperlukan untuk merawat masalah sukar bernafas kerana hidung seperti tersumbat dan lemas walhal tidak selesema atau mempunyai hingus, Semasa saya tidur, mulut saya akan ternganga kerana memerlukan untuk bernafas. Jika saya bernafas menggunakan hidung terasa amat besar dan sesak seperti lambat untuk oksigen masuk dan terasa sedikit lemas dan tercungap. apabila saya tolak bahagian atas di lubang hidung terasa seperti ada sekatan yang dipenyet dan memudahkan untuk saya bernafas. Jika saya cuba untuk mengeluarkan sesuatu dari hidung, ia hanya seakan hingus bersama gumpalan tahi hidung. ia melegakan buat seminit dua namun kembali lemas. terasa hidung seakan besar dan bengkak namun kelihatan seperti saiz hidung normal. Ketika hendak tidur, saya cuba untuk tidur dalam keadaan mulut tertutup dan bernafas melalui hidung, namun saya lemas dan tercungap. sangat sakit. apa perlu saya buat? atau itu normal?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan rhinits
- Alahan kepada persekitaran
- Ketumbuhan seperti polip
- Keradangan sinus
- Masalah struktur hidung
- Obstructive Sleep Apnea (lebih-lebih lagi jika anda tidur berdengkur)
- GERD (pedih ulu hati)
- Kegagalan fungsi jantung
- paru-paru berair
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.