
Sulit
4 tahun
Sukar bernafas, over thinking, depresi
Saya wanita berumur 27 tahun.baru-baru ini saya mempunyai masalah hubungan dengan pasangan. Saya terlalu memikirkan hal ini sehingga saya sukar tidur, sering menangis, sakit dada seperti di hempap sesuatu yg berat, sukar bernafas, tidak fokus, selalu over thinking, menggigil, sering berasa mual, pedih ulu hati, tekanan drah yang tinggi dan sakit kepala yang kerap. Saya cuba pergi ke klinik dan doktor mengatakan ia mungkin gastrik. Namun setelah mengambil ubat, kedaan ini masih sama dan sakit dada itu datang pada bila2 masa terutamanya apabila saya memikirkan masalah saya. Adakah ini symptoms panic attacks atau anxiety?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala tidak tenang, sukar tidur, tidak fokus, over thinking dan menggigil merupakan salah satu dari gejala emosi yang tidak stabil yang perlu diberikan perhatian dari semasa ke semasa. Ia juga boleh dikatkan dengan kondisi seperti:
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan stres oleh faktor kerja atau masalah personal
- gangguan depresi
- dll.
Walaupun ia mungkin terkait dengan masalah hubungan yang anda hadapi, namun buat masa ini, anda tetap disarankan untuk berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Gejala yang lain seperti sakit kepala, pedih ulu hati, mual juga perlu mendapatkan rawatan susulan sekiranya ia berlanjutan.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.