
Sulit
4 tahun
Sukar bernafas , sakit kepala dan muka kebas
Hello dr , sy gita dari kota kinabalu sabah , saya nak tanya dr .awal tahun 2019 ni saya ada alami sesak nafas tetapi tidak terlalu teruk . Cuma saya sukar untuk bernafas dan penglihatan saya semakin gelap muka pucat , selang 2 hari sakit tu akan datang hingga ke hari ini …cuma sekarang sudah berkurangan. Akan tetapi … Kemarin saya mengalami sakit kepala seblah kiri … Dan saya merasa kepala saya sprti d tarik…terasa ngiluu … Seblah muka saya tiba2 kebas…boleh tolong terangkan ke dr …

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
“Transient ischemic stroke” selalunya disebabkan oleh tekanan darah tinggi dan merupakan serangan strok kecil. Namun begitu, risiko untuk mendapatkan strok yang serius meningkat berkali ganda jika pesakit pernah mengalami strok kecil tersebut. Segera berjumpa doktor terdekat jika mempunyai tekanan darah tinggi atau mengalami simptom:
- Sakit kepala teruk
- Lemah sebelah badan
- Kesukaran bercakap
- Kesukaran memahami pertuturan orang lain
- Penglihatan menjadi kabur atau gelap
- Jantung berdegup kencang
- Susah bernafas
- Sakit jantung
- Pengsan secara tiba- tiba
Namun begitu, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.