
Sulit
5 tahun
Sukar bernafas tetapi tidak demam, batuk atau selsema
Saya wanita berumur 26 tahun. Pengidap Talasemia Intermedia. Pada 15/3 saya telah menjadi tuan rumah bagi kenduri kahwin di Pulau Pinang. Sejak semalam saya merasakan agak sukar bernafas hingga hari ini. Saya tidak demam, tidak batuk dan tidak selsema. Adakah ini disebabkan virus Covid19 atau HB yang rendah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Seperti yang anda sedia maklum, gejala COVID-19 ini adalah umun dan sangat berkait rapat dengan penyakit lain. Oleh itu, sukar untuk membezakan sebab gejala yang anda hadapi dengan hanya mengetahui simptomnya sahaja.
Oleh kerana itu, penilaian risiko diperlukan bagi membantu membuat keputusan. Justeru anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini saya ingin mengingatkan anda supaya tinggal di rumah dan hanya keluar sekiranya perlu. Semoga dengan kerjasama semua pihak, wabak ini dapat dibendung sebelum ianya semakin parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini