
Anonymous
5 tahun
Sukar buang air besar dan najis seperti jelly
Saya wanita berumur awal 30’an, sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Masalah saya adalah, Sudah hampir 7hari saya tidak buang air besar dan megalami kesakitan seperti kontraksi hendak bersalin pada bahagian bawah pusat. Setiap kali rasa ingin ketandas tiada najis yang keluar melainkan cairan/lendir jernih kekuningan yang sedikit pejal seperti jelly. Kadangkala ada sedikit najis yang keluar tetapi najis tersebut deselaputi lapisan berwarna putih. Saya telah pergi mendapatkan rawatan di klinik swasta dan dr memberikan ubat sembelit dan ubat berak untuk dimaksukkan ke dalam rektum. Saya berjaya buang air besar tetapi sakit dibawah perut masih berlarutan sehingga hari ini, hari yang ke 10 sehingga badan saya jadi lemah, sakit kepala dan ada sedikit demam. Masalah ini seolah masih tidak selesai kerana simtom masih berulang. Saya sakit perut seperti mahu buang air besar tapi hanya najis berupa jelly yang keluar dan perut saya terus memulas2. Bila saya makan, walau sedikit perut terasa penuh dan mual…saya hanya mapu berbaring menahan kesakitan. Mohon pencerahan dari doktor kerana masalah ini mengganggu kualiti hidup saya

5 tahun
Terima kasih atas soalan, anda. Saya berharap saya akan dapat menjawab semua soalan anda.
Berdasarkan simptom simptom yang anda nyatakan terdapat beberapa punya yang bermungkinan menyebabkan hal ini. Antaranya adalah:
Sembelit:
Kebanyakannya disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang iaitu diet yang tidak mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan.“Bowel obstruction”/usus tersumbat:
Perkara ini terjadi apabila usus anda tidak dapat bergerak atau sesuatu menghalang usus dari dalam atau menekan usus dari luar. Tanda utama ialah pesakit tidak dapat membuang air besarBatu karang:
Batu karang di buah pinggang boleh menyebabkan rasa sakit yang terasa seperti tikaman di pinggang kerana batu tersebut tersekat di saluran antara buah pinggang dan pundi kencingJangkitan buah pinggang/jangkitan air kencing:
Selain sakit perut sebelah kiri, jangkitan ini akan membuat pesakit rasa penat, demam dan menggigil.
Anda disarankan untuk merujuk masalah anda kepada pakar gastroenterology untuk konsultasi dan pengubatan lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.