
nooratikahyunos
5 tahun
Sukar fokus dan kerap pening melayang
Salam sejahtera. Saya wanita pertengahan 20 an. Sy mengalami masalh sukar fokus lebih-lebih lagi ketika memandu dan melakukan aktiviti seharian. Kadangkala rasa pening bila berdiri seperti melayang, bila duduk kadang-kadang goyang dari tengkuk hingga kepala. Saya juga mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam. Adakalanya berasa cemas dan panik sesuatu yang tidak pasti. Saya juga ada rasa tidak selesa ketika dalam kalangan ramai orang dan juga di tempat yg bising juga bunyi kuat. Apakah saranan dari pihak doktor untuk saya lakukan demi kesihatan diri?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia (Kekurangan darah)
- Insomnia
- Hypotension
- Masalah hormon tiroid
- Anxiety
- Agarophobia (perasaan cemas semasa berada di luar)
- Panic attack
Anda dinasihatkan untuk:
- Mendapat tidur yang cukup
- Mengambil diet makanan yang berkhasiat terutamanya makanan yang mengandungi iron (sayur-sayuran).
- Elakkan bahan yang mengandungi kaffeine kerana ianya akan menyebabkan sensasi kecemasan.
- Mendapat nasihat daripada pakar psikiatri sekiranya perasaan cemas atau panik ini semakin buruk.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.